Sunday, March 31, 2019

KELENGKAPAN CCTV YANG DIPERLUKAN | PEMASANGAN CCTV MALAYSIA | PEMASANGAN CCTV SELANGOR | PEMASANGAN CCTV KUALA LUMPUR | PEMASANGAN CCTV AMPANG


Antara kelengkapan utama dalam sistem pengoperasian CCTV yang diperlukan dalam operasi CCTV ialah:

1.      Kamera
·         Kamera CCTV adalah alat perakam imej bergerak (video) dan menukarkannya kepada isyarat video yang komposit. Terdapat pelbagai jenis kamera yang berbeza. Setiap kamera mempunyai perbezaan dari segi kualiti, fungsi dan bentuk. Setiap kamera akan disambungkan ke Digital Video Recorder secara langsung. Antara jenis camera ialah indoor, outdoor, static, dome & PT2s, colour, monochrome, day/night. Antara jenis-jenis kamera:

§  Dome Camera
Dome kamera berbentuk kubah dan ia adalah kamera yang simple. Kamera ini adalah sangat mudah untuk dipasang. Posisi kanta kamera yang tidak kelihatan kerana terhalang oleh lapisan dome, ini kerana kamera tidak tahu arah mana yang hendak difokuskan oleh kamera tersebut. Kamera jenis ini adalah sesuai digunakan di indoor seperti di dalam rumah dan ruangan pejabat.

dome camera cctv


§  Standard Box Camera
Bagi standard box camera pula, ia berbentuk seperti kotak dan ia selalu digunakan untuk pemasangan indoor atau outdoor. Kamera ini digunakan untuk pemantauan jarak jauh.

standard box camera cctv

§  Vandal Proof Camera
Maksud “vandal proof camera” ialah anti kerosakan. Ia diperbuat daripada bahan yang direka khusus untuk melindungi kamera daripada kerosakan yang melampau.

vandal proof cctv camera


§  Waterproof Camera
“Waterproof camera” adalah direka khas untuk kegunaan outdoor. Ia berbentuk bullet kamera. Reka bentuk pelindung luarannya direka khusus agar ia dapat menahan air hujan, debu dan suhu yang melampau.

waterproof camera cctv

§  Infra Red Camera
Pencahayaan yang kurang di malam hari menyebabkan perlunya pemasangan kamera yang menggunakan infra red. Semakin banyak titik infra red di dalam kamera, maka akan semakin jelas kecerahan gambar yang dirakam oleh kamera.

infra red camera cctv

§  Hidden Camera
Bersesuaian dengan nama kamera iaitu ‘hidden camera’ ia adalah kamera yang tersembunyi yang dimana ia tidak dapat dikesan oleh individu tertentu. Hidden camera mempunyai pelbagai jnis bentuk kamera iaitu seperti jam dinding, lampu, smoke detector dan pemancut air.

hidden camera cctv


2.      Digital Video Recorder
·         DVR adalah sistem yang digunakan oleh CCTV untuk merakam video dalam bentuk digital. Bagi menyimpan data atau maklumat yang dirakam, DVR hendaklah disertakan dengan hard disk dengan kapasiti yang besar sekurang-kurangnya 80GB.

·         Pada era ini terdapat pelbagai jenis sistem CCTV hasil daripada penyelidikan dan kemajuan yang berterusan. Antaranya adalah seperti kepelbagaian DVR yang boleh disambungkan ke talian internet, sistem pemantauan berkomputer dan IP camera adalah camera trend masa kini.

·         Sistem IP (Internet Protokol) Camera menghantar isyarat video dan audio melalui jaringan tanpa wayar dengan memakai protocol TCP/IP. Sistem ini sangat mudah kerana boleh dipantau di mana sahaja melalui internet. Sistem ini juga tidak memerlukan DVR.

digital video recorder

3.      Monitor
·         Monitor digunakan untuk memaparkan imej yang dirakamkan oleh kamera secara langsung. Paparan imej pada monitor bergantung kepada bilangan port yang digunakan pada DVR. Disebabkan harga yang murah dan mudah untuk dipasang monitor komputer menjadi lebih popular untuk digunakan berbanding yang lain.

LCD monitor





Wednesday, March 27, 2019

PERKARA YANG PERLU DIAMBIL TAHU UNTUK MEMASANG CCTV | PEMASANGAN CCTV MALAYSIA | PEMASANGAN CCTV SELANGOR | PEMASANGAN CCTV KUALA LUMPUR | PEMASANGAN CCTV AMPANG


Apabila ingin memasang CCTV, kita hendaklah mengambil tahu mengenai perkara yang perlu diambil tahu. Ini kerana bagi memudahkan urusan semasa ingin memasang CCTV. Disini ita akan membincangkan perkara-perkara yang peeerlu diambil tahu.

1.Spesifikasi sistem CCTV itu sendiri, untuk pemasangan CCTV di rumah atau premis anda, perkara yang kami senaraikan adalah mencukupi 

a) 1 unit DVR dengan 4 channel/1 BNC output / 1 VGA output / 1 network port  
b) 500Gb Hard disk 
c) 4 buah kamera samada tak kiralah indoor atau outdoor kerana kamera adalah murah 
d) Sistem CCTV boleh dilihat melalui web browser dan internet melalui TM streamyx atau pun TM UniFi anda 



Anda tidak perlukan lain lain fungsi seperti Motion Detection / GSM Alert atau fungsi PTZ, tapi biasanya sistem yang paling murah sekali pun sudah disediakan fungsi PTZ ini. 

2.Kos 
Sebenarnya kos adalah perkara pertama yang anda perlu fikirkan, jangan keliru dengan "offer" murah, sebab dalam offer biasanya item yang ditawarkan adalah tidak cukup dan anda dengan tidak disangka-sangka terpaksa menambah duit lagi. Saya pernah terjumpa beberapa offer semurah RM699, apabila ditanya, itu tak ada, ini tak ada dan bila tambah semua semua termasuk installation, jadilah jumlah keseluruhan RM2000++.
Panduan untuk CCTV:

a) DVR - bergantung kepada keperluan dan berapa banyak kamera, 4 kamera beli 4 channel, kalau 5 atau lebih kamera tetapi kurang dari 9 kamera gunakan dvr 8 channel, lebih dari 8 kamera gunakan dvr dengan 16 channel, dan maksimum satu dvr ialah 16 channel 
(ANGGARAN KOS RM500) untuk 4 channel 

b) Kamera - bergantung kepada jenisnya, lagi mahal sudahh tentu lagi bagus. Biasanya kamera akan di pakejkan sekali dengan DVR. Kamera CCTV bergantung juga pada quality gambar memainkan peranan dalam harga dan kos. Istilah yang digunakan seperti pixelmegapixel. Contoh: kamera 2 megapixel atau 2MP Jika kamera CCTV 720 pixel nak bandingkan dengan 1 megapixel atau 1MP, quality gambar 1 MP lebih cantik berbanding dengan 720p atau 720 pixel. Jadi anda mesti memahami ini dulu sebelum beli. Quality gambar memainkan peranan dalam harga. Jika anda membeli kamera CCTV yang murah jadi kebiasaanya tiada quality jadi anda kena pastikan apa yang anda beli ia berkualiti.
(Anggaran KOS RM300) untuk 4 kamera untuk kamera 1.3MP 



c) Hard disk - Dengan kapasiti 1TB
AWAS! Jika ada yang jual hard disk 500GB untuk CCTV anda pastikan HDD itu tulis HDD Surveillance CCTV hanya sesuai untuk CCTV sahaja dan bukan menggunakan hardisk Personal Computer HDD. Jika anda menggunakan HDD PC kemungkinan anda akan menghadapi masalah selepas membuat pemasangan oleh kerana HDD PC tidak Sesuai untuk kegunaan CCTV. HDD 500GB PC sahaja yang masih dikeluarkan dan harga 1TB HDD Surveillance CCTV dengan 500GB HDD PC Harganya adalah sama!
(Anggaran KOS RM170) 

hard disk CCTV


d) BNC kabel siap dengan kepalanya sekali andaian keperluan adalah 40meter, iaitu 10 meter setiap satu kamera @ rm2.00 setiap meter 
(Anggaran KOS RM80) 

BNC cable


e) Power adapter untuk kamera @rm20 setiap kamera 
(Anggaran KOS RM80) 
*biasanya power adapter diberikan sekali dengan kamera, sila tanya penjual anda 

power adapter


f) Optional power extension @rm1 atau rm1.50 per kamera - Power extension ni bertujuan untuk memanjang kan elektrik dari power adapter ke kamera anda sebab power adapter tu kabelnya pendek saja, kalau tak beli pun tak kisah tapi anda perlu buat extension elektrik berhampiran kamera 
(Anggaran KOS rm40) 

Semua ini adalah anggaran sahaja, mungkin berbeza beza. semuanya adalah 
(a)+(b)+(c)+(d)=RM1,140.00 

Jadi sekiranya anda bercadang untuk membeli CCTV bersedialah dengan bajet ini.Mungkin terlebih mungkin terkurang . dengan andaian anda tidak memerlukan item (e) dan (f) 

Ini adalah tidak termasuk pemasangan dengan anggaran RM250 -->RM300 setiap kamera 
dan juga configure streamyx untuk capaian melalui internet. Setengah installer akan kenakan caj / setengahnya tidak kenakan caj bergantung @rm200 

anggaran kos : pemasangan RM1000.00 setiap kamera CCTV
anggaran kos : Configuration streamyx RM200.00 
keseluruhan kos pemasangan ialah RM1,2000 


Tuesday, March 26, 2019

TIPS MENJAGA CCTV | PRO HERO CCTV MALAYSIA | PEMASANGAN CCTV MALAYSIA | PEMASANGAN CCTV SELANGOR | PEMASANGAN CCTV KUALA LUMPUR


Mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) adalah satu perkara yang bagus bagi mengelak daripada berlakunya risiko jenayah, dan ia juga akan memudahkan pihak berkuasa untuk menemukan bukti daripada rakaman CCTV. Namun jika CCTV tersebut tidak dijaga dengan baik ia akan menyebabkan CCTV tersebut tidak akan dapat berfungsi dengan sempurna.

Maka dari itu anda harus tahu bagaimana cara hendak menjaga CCTV tersebut agar boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang. Berikut adalah tips untuk menjaga CCTV:

1.      Semak ketepatan CCTV
Jangan sesekali lupa untuk selalu membuat penyemakan terhadap ketepatan CCTV. Dari ketepatan masa, telemetry control, the accuracy of the indicator dan cek keadaan DVR untuk mengetahui rosak atau tidak.

semak ketepatan CCTV


2.      Back up hasil rakaman CCTV
Jika kapasiti CCTV anda sudah penuh, sebaiknya back up hasil rakaman CCTV tersebut, kemudian susun dengan teratur mengikut keperluan yang anda inginkan dan padam yang anda rasa tidak diperlukan lagi.

cara back up hasil rakaman CCTV


3.      Selalu semak tetapan CCTV
Tetapan mode rakaman CCTV harus di atur secara optimum dari masa jangka waktu penyimpanan hasil rakaman, kualiti hasil rakaman dan tetapan.

semak tetapan CCTV


4.      Menjaga kebersihan CCTV
Dimulai dari lensa kamera, housing unit, DVR, monitor dan segala hal yang berkaitan dengan CCTV jangan dibiarkan dalam keadaan kotor seperti berdebu. Jika CCTV dipenuhi oleh debu atau kotoran ia akan menyebabkan system CCTV menjadi tidak menarik seperti gambar terhadap rakaman CCTV kelihatan suram.

membersihkan kamera CCTV


5.      Update firmware terbaru
Untuk mengupdate firmware yang terkini anda boleh mengunjungi laman web CCTV. Dengan firmware yang terbaru ia akan membantu kerja DVR. Sebelum mengupdate firmware sila pastikan bahawa firmware tersebut sesusai dengan DVR anda.

cara update firmware 



KENALI JENIS-JENIS CCTV YANG BOLEH ANDA PILIH | CCTV MURAH AMPANG | CCTV BAJET DI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

Artikel ini membincangkan jenis-jenis CCTV yang terdapat dipasaran anda.  Sebelum membeli kita mesti mengenali jenis CCTV supaya ketika pr...