Sunday, March 31, 2019

KELENGKAPAN CCTV YANG DIPERLUKAN | PEMASANGAN CCTV MALAYSIA | PEMASANGAN CCTV SELANGOR | PEMASANGAN CCTV KUALA LUMPUR | PEMASANGAN CCTV AMPANG


Antara kelengkapan utama dalam sistem pengoperasian CCTV yang diperlukan dalam operasi CCTV ialah:

1.      Kamera
·         Kamera CCTV adalah alat perakam imej bergerak (video) dan menukarkannya kepada isyarat video yang komposit. Terdapat pelbagai jenis kamera yang berbeza. Setiap kamera mempunyai perbezaan dari segi kualiti, fungsi dan bentuk. Setiap kamera akan disambungkan ke Digital Video Recorder secara langsung. Antara jenis camera ialah indoor, outdoor, static, dome & PT2s, colour, monochrome, day/night. Antara jenis-jenis kamera:

§  Dome Camera
Dome kamera berbentuk kubah dan ia adalah kamera yang simple. Kamera ini adalah sangat mudah untuk dipasang. Posisi kanta kamera yang tidak kelihatan kerana terhalang oleh lapisan dome, ini kerana kamera tidak tahu arah mana yang hendak difokuskan oleh kamera tersebut. Kamera jenis ini adalah sesuai digunakan di indoor seperti di dalam rumah dan ruangan pejabat.

dome camera cctv


§  Standard Box Camera
Bagi standard box camera pula, ia berbentuk seperti kotak dan ia selalu digunakan untuk pemasangan indoor atau outdoor. Kamera ini digunakan untuk pemantauan jarak jauh.

standard box camera cctv

§  Vandal Proof Camera
Maksud “vandal proof camera” ialah anti kerosakan. Ia diperbuat daripada bahan yang direka khusus untuk melindungi kamera daripada kerosakan yang melampau.

vandal proof cctv camera


§  Waterproof Camera
“Waterproof camera” adalah direka khas untuk kegunaan outdoor. Ia berbentuk bullet kamera. Reka bentuk pelindung luarannya direka khusus agar ia dapat menahan air hujan, debu dan suhu yang melampau.

waterproof camera cctv

§  Infra Red Camera
Pencahayaan yang kurang di malam hari menyebabkan perlunya pemasangan kamera yang menggunakan infra red. Semakin banyak titik infra red di dalam kamera, maka akan semakin jelas kecerahan gambar yang dirakam oleh kamera.

infra red camera cctv

§  Hidden Camera
Bersesuaian dengan nama kamera iaitu ‘hidden camera’ ia adalah kamera yang tersembunyi yang dimana ia tidak dapat dikesan oleh individu tertentu. Hidden camera mempunyai pelbagai jnis bentuk kamera iaitu seperti jam dinding, lampu, smoke detector dan pemancut air.

hidden camera cctv


2.      Digital Video Recorder
·         DVR adalah sistem yang digunakan oleh CCTV untuk merakam video dalam bentuk digital. Bagi menyimpan data atau maklumat yang dirakam, DVR hendaklah disertakan dengan hard disk dengan kapasiti yang besar sekurang-kurangnya 80GB.

·         Pada era ini terdapat pelbagai jenis sistem CCTV hasil daripada penyelidikan dan kemajuan yang berterusan. Antaranya adalah seperti kepelbagaian DVR yang boleh disambungkan ke talian internet, sistem pemantauan berkomputer dan IP camera adalah camera trend masa kini.

·         Sistem IP (Internet Protokol) Camera menghantar isyarat video dan audio melalui jaringan tanpa wayar dengan memakai protocol TCP/IP. Sistem ini sangat mudah kerana boleh dipantau di mana sahaja melalui internet. Sistem ini juga tidak memerlukan DVR.

digital video recorder

3.      Monitor
·         Monitor digunakan untuk memaparkan imej yang dirakamkan oleh kamera secara langsung. Paparan imej pada monitor bergantung kepada bilangan port yang digunakan pada DVR. Disebabkan harga yang murah dan mudah untuk dipasang monitor komputer menjadi lebih popular untuk digunakan berbanding yang lain.

LCD monitor





2 comments:

KENALI JENIS-JENIS CCTV YANG BOLEH ANDA PILIH | CCTV MURAH AMPANG | CCTV BAJET DI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

Artikel ini membincangkan jenis-jenis CCTV yang terdapat dipasaran anda.  Sebelum membeli kita mesti mengenali jenis CCTV supaya ketika pr...