Thursday, April 4, 2019

KAEDAH PEMASANGAN CCTV | CCTV AMPANG | CCTV SELANGOR | CCTV KUALA LUMPUR | CCTV MALAYSIA


Terlebih dahulu mengenal pasti tentang peralatan yang diperlukan dalam pemasangan CCTV. Spesifikasi bagi sistem CCTV untuk pemasangan CCTV di rumah kediaman atau ruang pejabat adalah:
v  1 unit DVR
v  Hard disk SATA (80Gb)
v  Camera Dome
v  Monitor
v  Unit SAK (Power supply)

1.      TENTUKAN KABEL YANG SESUAI
Menentukan kabel yang sesuai adalah sangat penting jadi kebiasaannya kabel CCTV yang digunakan adalah jenis coaxial cable RG59/6 series. Antara kabel standard yang sering digunakan untuk penyambungan antara kamera CCTV dan DVR ialah coaxial cable RG59/6. Manakala BNC connector adalah penyambung yang digunakan antara panel video pada DVR dan kamera jenis Dome.

https://www.facebook.com/Pro-Hero-CCTV-Budget-274070903259812/?notify_field=blurb&modal=profile_completion
contoh cable coaxial RG59/6


2.      TENTUKAN LOKASI DAN CARA PANTAUAN CCTV.
Untuk mendapatkan video yang baik bagi rakaman CCTV, lokasi bagi pemasangan CCTV juga amat penting. Jadi salah satu caranya ialah menentukan lokasi pemasangan CCTV berdasarkan jarak pandangan yang hendak dikawal sama ada jauh atau dekat dan apakah CCTV untuk keadaan gelap atau terang. Penetapan lokasi amat penting bagi mendapatkan titik fokus kawasan yang hendak dikawal. Manakala, kabel video dan bekalan kuasa di sambung secara berasingan di mana bekalan kuasa menggunakan palam 3 pin yang di sambung ke soket alir keluar 13A.

https://www.facebook.com/Pro-Hero-CCTV-Budget-274070903259812/?notify_field=blurb&modal=profile_completion


3.      PENETAPAN KEDUDUKAN KAMERA CCTV
Tempat letak CCTV yang strategik perlu lah sesuai dengan keadaan CCTV. Perletakan sudut kamera CCTV di bawah tempat berbumbung boleh melindungi kamera CCTV anda dari hujan, panas dan rebut. Dengan meletakkan CCTV di kawasan yang selamat ia dapat mengelakkan CCTV daripada cepat rosak. Selain itu, penempatan di bawah bumbung ia dapat memberikan paparan yang lebih baik dan mudah untuk menarik kabel.

https://www.facebook.com/Pro-Hero-CCTV-Budget-274070903259812/?notify_field=blurb&modal=profile_completion
contoh CCTV


4.      PROSES MENARIK KABEL (lay-out cable)
Setelah menentukan point pemasangan CCTV, berikut adalah mencari point masuk untuk menarik kabel RG59/6 dari luar ke dalam melalui atas siling atau laluan conduit dan yang berkaintannya. Ruang pejabat lebih praktikal untuk menarik kabel dilakukan melalui atas siling. Ini kerana kabel akan kelihatan lebih kemas dan tersusun. DVR yang digunakan mempunyai panel untuk bekalan kuasa secara berasingan. Kabel untuk kuasa kamera CCTV perlu di sambungkan kepada punca bekalan yang terhampir dengan lokasi kamera tersebut.

https://www.facebook.com/Pro-Hero-CCTV-Budget-274070903259812/?notify_field=blurb&modal=profile_completion
Diagram CCTV


5.      PENEMPATAN MONITOR DAN DVR
Monitor dan DVR adalah peralatan yang saling memerlukan. Anda pelu menentukan dimana tempat monitor dan DVR perlu diletakkan. Ia bagi memudahkan proses ‘setting’ ini kerana monitor dan DVR perlu diletakkan bersebelahan. Untuk keselamatan ada baiknya jika set DVR diletakkan secara tersembunyi terutama dirumah kediaman bagi mengelakkan penceroboh dari merosakkan atau mengambil set DVR.

https://www.facebook.com/Pro-Hero-CCTV-Budget-274070903259812/?notify_field=blurb&modal=profile_completion
contoh tempat yang sesuai meletakkan monitor


6.      LAY-OUT CABLE DAN SETTING
Setelah mendapatkan posisi peletakan kamera CCTV dan lokasi penempatan monitor serta DVR maka proses terakhir iaitu menarik kabel RG59 yang menghubungkan antara CCTV dengan monitor dan DVR. Setelah berakhirnya proses terakhir iaitu menarik kabel RG59, maka lengkaplah proses pemasangan set CCTV. SETELAH SET cctv selesai dipasang dan boleh disambung bekalan kuasa, maka proses ‘setting’ DVR merujuk kepada manual yang disertakan dapat dilakukan.

https://www.facebook.com/Pro-Hero-CCTV-Budget-274070903259812/?notify_field=blurb&modal=profile_completion
setting CCTV

" Your Satisfaction is Our Priority "

Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari PRO HERO CCTV. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-

0⃣1⃣0⃣2⃣6⃣3⃣0⃣0⃣5⃣0⃣






PRO HERO CCTV, YOUR TRUSTED SECURITY


1 comment:

KENALI JENIS-JENIS CCTV YANG BOLEH ANDA PILIH | CCTV MURAH AMPANG | CCTV BAJET DI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

Artikel ini membincangkan jenis-jenis CCTV yang terdapat dipasaran anda.  Sebelum membeli kita mesti mengenali jenis CCTV supaya ketika pr...