Wednesday, April 17, 2019

DOME CAMERA CCTV | CCTV AMPANG | CCTV SELANGOR | CCTV KUALA LUMPUR | CCTV MALAYSIA


Disini pasti ramai yang tidak tahu lebih lanjut mengenai jenis-jenis kamera CCTV. Selain itu, pasti ramai yang beranggapan bahawa jenis CCTV itu adalah sama dan berfikir bahawa fungsinya juga adalah sama. Disini kami akan menerangkan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan lebih lanjut mengenai dome kamera CCTV.


https://www.facebook.com/Pro-Hero-CCTV-Budget-274070903259812/
Dome Camera CCTV


Nama dome kamera CCTV adalah disebabkan bentuknya yang seperti kubah. Dome kamera CCTV adalah antara kamera CCTV yang popular kerana modulnya yang mudah dipasang dimana sahaja.
Bila hanya melihat dari dari bentuknya sahaja sudah membuat orang sulit untuk membezakan arah lensa kamera. Jenis dome kamera CCTV adalah antara pilihan terbaik untuk pemantauan kerana mudah dipasang dimana sahaja.

Selain itu, jenis kamera dome CCTV ialah jenis kubah ini mempunyai sifat terbaru seperti kualiti gambar iaitu HD (High Definition), kamera inframerah untuk pengawasan ditempat gelap, wide dynamic range (WDR) sehingga lah jenis dome Kamera CCTV yang vandalproof (tahan rosak).

Kelebihan jenis dome kamera CCTV ialah tidak perlu lagi membeli bracket atau lensa tambahan. Jenis kamera kubah merupakan pilihan pengawasan keselamtan yang yang paling sesuai untuk rumah mahupun pejabat.



" Your Satisfaction is Our Priority "

Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari PRO HERO CCTV. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-

0⃣1⃣0⃣2⃣6⃣3⃣0⃣0⃣5⃣0⃣







PRO HERO CCTV, YOUR TRUSTED SECURITY

Wednesday, April 10, 2019

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN CCTV | CCTV AMPANG | CCTV SELANGOR | CCTV KUALA LUMPUR | CCTV MALAYSIA


Maksud CCTV ialah Closed Circuit Television Cameras. CCTV adalah alat yang merakam semua kejadian. Terdapat banyak kelebihan apabila menggunakan CCTV. Walaupun begitu ada juga keburukan daripada CCTV. Antara kebaikan dan keburukan menggunakan CCTV adalah seperti yang berikut.

Antara kebaikan menggunakan CCTV adalah ia dapat mengurangkan kadar jenayah. Ini terbukti apabila mempunyai kamera CCTV, orang yang mempunyai niat jahat akan cuba menghindari dari rumah atau pejabat yang telah dipantau oleh kamera CCTV dan lebih memilih mencari tempat lain yang tidak dipantau oleh kamera CCTV. Jadi jika anda mempunyai pejabat, ada baiknya jika anda menggunakan kamera CCTV sebagai perlindungan pejabat anda. Ini kerana apabila pekerja tahu bahawa mereka terus menerus diawasi dan dipantau aktivitinya dengan kamera CCTV ini, mereka berkemungkinan akan berkelakuan baik, sopan santun dan fokus terhadap pekerjaan mereka walaupun pada ketika itu mereka tidak diawasi oleh orang atasan.

Selain itu, ada juga kebaikan jika diletakkan di sekolah. Ini kerana pada zaman sekarang, pelajar agak sukar untuk dikawal. Jadi dengan adanya CCTV ini akan membuat pelajar agak takut untuk melakukan perbuatan yang salah disisi undang-undang. Contohnya seperti, jika pihak sekolah meletakkan CCTV di pagar sekolah ini akan mengelakkan pelajar daripada ponteng sekolah. Selain itu, gejala hisam gam, merokok dan mengambil barang terlarang disekolah juga dapat dikawal ini kerana kawasan sekolah tersebut sering dipantau oleh kameera CCTV.

https://www.facebook.com/Pro-Hero-CCTV-Budget-274070903259812/
contoh CCTV di sekolah


Selain daripada itu, rakaman CCTV dapat dijadikan bahan bukti. Rakaman CCTV digunakan ketika dalam proses penyiasatan dilakukan. Ia juga dapat menyebabkan keputusan yang diambil dilaksanakan dengan adil dan saksama. Jika ada terdapat argumen, semua pihak boleh meilhat rakaman CCTV untuk mencari kebenaran.

https://www.facebook.com/Pro-Hero-CCTV-Budget-274070903259812/
Contoh CCTV dijadikan sebagai bahan bukti


CCTV juga mempunyai sisi buruknya. Antaranya ialah CCTV mempunyai kemampuan terbatas. Ini kerana kamera CCTV tidak dapat merakam semua perkara dan rakaman CCTV itu juga boleh dimanipulasikan seperti memotong rakaman yang tidak diingini.


" Your Satisfaction is Our Priority "

Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari PRO HERO CCTV. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-

0⃣1⃣0⃣2⃣6⃣3⃣0⃣0⃣5⃣0⃣






PRO HERO CCTV, YOUR TRUSTED SECURITY

Friday, April 5, 2019

CARA UNTUK MENYAMBUNG CCTV KE IPHONE ATAU ANDROID | CCTV MALAYSIA | CCTV SELANGOR | CCTV KUALA LUMPUR CCTV AMPANG


Anda mempunyai kamera CCTV di rumah atau pejabat? Dan anda perlu melihat footages di monitor yang besar adalah satu perkara yang tidak mudah. Jadi disebabkan itu anda perlu menyambungkan kamera CCTV anda kepada telefon pintar atau Iphone anda untuk melihat footages dengan serta mertanya anda boleh melihat hanya menggunakan WiFi. Anda boleh melihat  bila dan dimanapun anda ingin melihat footages. Antara steps yang perlu dilakukan:

STEP 1: CONNECT DVR TO MONITOR DIRECTLY
·         Sambung DVR untuk memantau secara langsung melalui wayar VGA atau HDMI.

https://www.facebook.com/Pro-Hero-CCTV-Budget-274070903259812/
connect DVR to monitor directly


STEP 2: CONFIGURE CCTV DVR SETTINGS
·         Untuk configuration
Go to > setting atau configuration > network
·         Dalam bahagian rangkaian anda perlu menetapkan STATIC IP dengan melumpuhkan OBTAIN AUTOMATICALLY dengan hanya perlu letakkan:
§  IP address = 192.168.1.7
§  Subnet mask= 255.255.255.000
§  Gateway = 192.168.1.1
§  HTTP PORT= 80

https://www.facebook.com/Pro-Hero-CCTV-Budget-274070903259812/
network setup


STEP 3: CONFIGURE WIFI ROUTER FOR DVR
·        Buka PC anda. Sambung ke WIFI melalui LAN ATAU WI-FI OPEN INTERNET EXPLORER DAN JENIS 192.168.1.1 ATAU 192.168.0.1 dalam seksyen bar alamat (jangan gunakan krom yang mungkin menyebabkan masalah). Untuk membuka halaman utama penghala (anda akan diminta untuk id dan kata laluan mendapatkannya dari manual pengguna penghala Wi-Fi). Cari bahagian pelabuhan yang dihantar ke sana dan letakkan yang berikut dengan menambahkan entri baru:
§  Port=80 or 8080
§  IP address =192.168.1.7
§  Protocol= all
§  Leave other default

STEP 4: CONNECT DVR TO WIFI VIA LAN CABLE
·         Cabut kabel VGA ATAU HDMI dan pasang LAN CABLE TO WIFI TO DVR.

https://www.facebook.com/Pro-Hero-CCTV-Budget-274070903259812/


STEP 5: CHECK THE SETTINGS
·         Hanya buka pc anda.Kemudian buka explorer internet. Taipkan 192.168.1.7:80 di bahagian alamat kemudian tekan ENTER (Anda boleh segera memuat turun dan memasang sesuatu yang hanya dilakukan seperti yang dinyatakan). Sekarang, anda telah meletakkan ID & PASSWORD halaman DVR (dapatkannya dari manual pengguna DVR).

STEP 6: CONNECT TO ANDROID PHONE
·         Anda boleh menutup pc sekarang (semuanya selesai). Sambungkan telefon pintar anda dengan wifi dan pergi ke playstore dan muat turun SUPERLIVEHD.
·         Buka apps berikut:
§  NETWORK = WIFI
§  IP & PORT = 192.168.1.7: 80
§  ID = Admin (cari dalam manual pengguna DVR anda)
§  PASSWORD = kata laluan (cari dalam manual pengguna DVR anda).
·         Kemudian klik masuk atau log masuk dan khirnya selesai.


" Your Satisfaction is Our Priority "

Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari PRO HERO CCTV. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-

0⃣1⃣0⃣2⃣6⃣3⃣0⃣0⃣5⃣0⃣






PRO HERO CCTV, YOUR TRUSTED SECURITY

Thursday, April 4, 2019

KAEDAH PEMASANGAN CCTV | CCTV AMPANG | CCTV SELANGOR | CCTV KUALA LUMPUR | CCTV MALAYSIA


Terlebih dahulu mengenal pasti tentang peralatan yang diperlukan dalam pemasangan CCTV. Spesifikasi bagi sistem CCTV untuk pemasangan CCTV di rumah kediaman atau ruang pejabat adalah:
v  1 unit DVR
v  Hard disk SATA (80Gb)
v  Camera Dome
v  Monitor
v  Unit SAK (Power supply)

1.      TENTUKAN KABEL YANG SESUAI
Menentukan kabel yang sesuai adalah sangat penting jadi kebiasaannya kabel CCTV yang digunakan adalah jenis coaxial cable RG59/6 series. Antara kabel standard yang sering digunakan untuk penyambungan antara kamera CCTV dan DVR ialah coaxial cable RG59/6. Manakala BNC connector adalah penyambung yang digunakan antara panel video pada DVR dan kamera jenis Dome.

https://www.facebook.com/Pro-Hero-CCTV-Budget-274070903259812/?notify_field=blurb&modal=profile_completion
contoh cable coaxial RG59/6


2.      TENTUKAN LOKASI DAN CARA PANTAUAN CCTV.
Untuk mendapatkan video yang baik bagi rakaman CCTV, lokasi bagi pemasangan CCTV juga amat penting. Jadi salah satu caranya ialah menentukan lokasi pemasangan CCTV berdasarkan jarak pandangan yang hendak dikawal sama ada jauh atau dekat dan apakah CCTV untuk keadaan gelap atau terang. Penetapan lokasi amat penting bagi mendapatkan titik fokus kawasan yang hendak dikawal. Manakala, kabel video dan bekalan kuasa di sambung secara berasingan di mana bekalan kuasa menggunakan palam 3 pin yang di sambung ke soket alir keluar 13A.

https://www.facebook.com/Pro-Hero-CCTV-Budget-274070903259812/?notify_field=blurb&modal=profile_completion


3.      PENETAPAN KEDUDUKAN KAMERA CCTV
Tempat letak CCTV yang strategik perlu lah sesuai dengan keadaan CCTV. Perletakan sudut kamera CCTV di bawah tempat berbumbung boleh melindungi kamera CCTV anda dari hujan, panas dan rebut. Dengan meletakkan CCTV di kawasan yang selamat ia dapat mengelakkan CCTV daripada cepat rosak. Selain itu, penempatan di bawah bumbung ia dapat memberikan paparan yang lebih baik dan mudah untuk menarik kabel.

https://www.facebook.com/Pro-Hero-CCTV-Budget-274070903259812/?notify_field=blurb&modal=profile_completion
contoh CCTV


4.      PROSES MENARIK KABEL (lay-out cable)
Setelah menentukan point pemasangan CCTV, berikut adalah mencari point masuk untuk menarik kabel RG59/6 dari luar ke dalam melalui atas siling atau laluan conduit dan yang berkaintannya. Ruang pejabat lebih praktikal untuk menarik kabel dilakukan melalui atas siling. Ini kerana kabel akan kelihatan lebih kemas dan tersusun. DVR yang digunakan mempunyai panel untuk bekalan kuasa secara berasingan. Kabel untuk kuasa kamera CCTV perlu di sambungkan kepada punca bekalan yang terhampir dengan lokasi kamera tersebut.

https://www.facebook.com/Pro-Hero-CCTV-Budget-274070903259812/?notify_field=blurb&modal=profile_completion
Diagram CCTV


5.      PENEMPATAN MONITOR DAN DVR
Monitor dan DVR adalah peralatan yang saling memerlukan. Anda pelu menentukan dimana tempat monitor dan DVR perlu diletakkan. Ia bagi memudahkan proses ‘setting’ ini kerana monitor dan DVR perlu diletakkan bersebelahan. Untuk keselamatan ada baiknya jika set DVR diletakkan secara tersembunyi terutama dirumah kediaman bagi mengelakkan penceroboh dari merosakkan atau mengambil set DVR.

https://www.facebook.com/Pro-Hero-CCTV-Budget-274070903259812/?notify_field=blurb&modal=profile_completion
contoh tempat yang sesuai meletakkan monitor


6.      LAY-OUT CABLE DAN SETTING
Setelah mendapatkan posisi peletakan kamera CCTV dan lokasi penempatan monitor serta DVR maka proses terakhir iaitu menarik kabel RG59 yang menghubungkan antara CCTV dengan monitor dan DVR. Setelah berakhirnya proses terakhir iaitu menarik kabel RG59, maka lengkaplah proses pemasangan set CCTV. SETELAH SET cctv selesai dipasang dan boleh disambung bekalan kuasa, maka proses ‘setting’ DVR merujuk kepada manual yang disertakan dapat dilakukan.

https://www.facebook.com/Pro-Hero-CCTV-Budget-274070903259812/?notify_field=blurb&modal=profile_completion
setting CCTV

" Your Satisfaction is Our Priority "

Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari PRO HERO CCTV. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-

0⃣1⃣0⃣2⃣6⃣3⃣0⃣0⃣5⃣0⃣






PRO HERO CCTV, YOUR TRUSTED SECURITY


KENALI JENIS-JENIS CCTV YANG BOLEH ANDA PILIH | CCTV MURAH AMPANG | CCTV BAJET DI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

Artikel ini membincangkan jenis-jenis CCTV yang terdapat dipasaran anda.  Sebelum membeli kita mesti mengenali jenis CCTV supaya ketika pr...